E-book
Tajuk : Kompilasi Segalanya Cinta
Penulis : Ashany, Diya Nordin, MsTeja
Penerbit : Scrible Media
****
Ada je novel atau buku yang aku baca tapi tak buat ‘review’. Lama tak buat ‘review’ jadi macam ‘stuck’, tak tahu nak mula macam mana. Macam dah tumpul ‘skill’ nak buat ‘review’ tapi cuba jugalah.
****
TAHNIAH buat ketiga-tiga penulis; Ashany, Diya Nordin & MsTeja untuk Kompilasi Segalanya Cinta. (Maaf, kerana aku tak pasti pernah ke aku baca hasil penulisan Ashany & Ms Teja sebelum-sebelum ni)
****
3 cerita bersatu dalam Segalanya Cinta. Setiap penulis melakar kisah yang berbeza namun masih dalam tema yang sama iaitu tentang cinta dan kasih sayang.Tema cinta dan kasih sayang yang dimasukkan dalam ketiga-tiga cerita ini bukan hanya tentang percintaan dua insan semata-mata tetapi juga kasih sayang dalam sebuah keluarga diselitkan sekali.
Ayat-ayat yang digarap sangat santai dan mudah difahami jalan ceritanya. Sesuai untuk pembacaan santai, tak perlu nak terlalu berfikir namun konflik tetap ada untuk menarik pembaca meneruskan pembacaan sehingga ke ayat terakhir, bab akhir.
Ketiga-tiga penulis bijak mewujudkan plot yang meruntun jiwa, macam-macam rasa ada. Sesak jiwa juga dibuatnya. Manakan tidak, sedang kita tersenyum sebab rasa manisnya, tiba-tiba ada pulak drama airmata (sesungguhnya aku tak menjangkakan ada ‘part’ air mata dalam kompilasi ni. Aku memang terlebih emosi semasa membaca My Only Princess (Diya Nordin) dan Daun Semanggi Berhelai Empat (MsTeja), mungkin kerana aku pernah melalui beberapa situasi dalam dua kisah itu.)
Tapi apa kisahnya? Nak tahu kisahnya, sila baca sendiri dan sesungguhnya memang berbaloi untuk membaca naskah ini. Percayalah…
Moga kita lebih menghargai dan mensyukuri. Jadi, untuk mengetahui apa kisah Maryam Arysa, Medina Humayra dan Batrisya, bolehlah dapatkan e-book Kompilasi Segalanya Cinta.
****
Moral of the story:
i. Setiap apa yang berlaku, Allah swt dah tulis untuk kita. Moga kita redha dan lebih menghargai segalanya, bukannya mempertikai atau terlalu menyesali atas apa yang terjadi.
ii. Hargai dan syukuri apa yang kita ada sementara kita masih ada masa untuk menghargai dan mensyukuri.
iii. Apa saja tentang hati, sebaiknya luahkan saja supaya tak rugi apa-apa. Supaya kita tak terbeban dengan apa yang terpendam tu bertahun lamanya.
****
#JR_review
No comments:
Post a Comment