Wednesday, October 31, 2018
sahabat sehingga syurga
petikan majalah Solusi edisi 118 :
Sahabat sehingga Syurga
..sahabat itu ubat..
teori tentang persahabatan; buffer effect of social support. individu yang mempunyai sokongan sosial yang mapan, biasanya mampu berhadapan dengan tekanan hidup dengan lebih baik. sahabat itu ibarat dos penenang kala hati gundah menghadap resah. persahabatan sejati ia anugerah terindah.
..sahabat sejati..
adanya disenangi, tiadanya dirindui.
..sahabat itu nikmat..
"perumpamaan sebuah persahabatan dan ukhwah kerana Allah swt adalah seperti tangan dan mata. jika mata mengalirkan tangisnya, tangan akan segera menyapu lelehan air mata. begitulah tatkala tangan itu pula yang terluka, maka mata akan menangis kerana kesakitannya" (Ibn Taymiyyah).
"hendaklah kamu sentiasa berhubungan dan menyambung persahabatan sesama kamu. sesungguhnya sahabat sejati ibarat cahaya yang menerangi yang kadangkala tidak disedari kecuali setelah dirimu telah tenggelam dalam kegelapan duniawi" (Imam Hasan al-Basri).
seorang sahabat karib itu ada keistimewaan dan kelebihan tersendiri. banyak perkara yang kadangkala tidak mampu kita luahkan hatta kepada pasangan hidup sekalipun tetapi kita mampu dan senang menyatakannya kepada seorang sahabat.
..hadiah paling manis dalam persahabatan ialah doa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment