Tuesday, July 14, 2020

Dokumen Penjajaran Kurikulum 2020 (Tahun 4 & 5)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Esok akan mula sesi persekolahan dalam Fasa PKPP bagi murid tahun 5 & 6. 

Bagi guru-guru yang memerlukan dokumen ini boleh klik link dibawah;



Monday, July 13, 2020

E-book by novelis Sophilea

Istimewa buat pembaca novel dan peminat Novelis Sophilea.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan e-book kisah viral dan hot sale.

 

1. Set Cinta Kapten Mukriz - https://tintaglobal.onpay.my/order/form/SET/33

 

2. Dia Yang Terindah - https://tintaglobal.onpay.my/order/form/DYT/33

 

3. Kau Yang Terindah - https://tintaglobal.onpay.my/order/form/KYT/33

 

4. Anugerah Terindah - https://tintaglobal.onpay.my/order/form/ATH/33

 

5. Cinta Dari Baitullah - https://tintaglobal.onpay.my/order/form/CDB/33

 

6. Catatan Cinta Buat Doktor Luqman - https://tintaglobal.onpay.my/order/form/CCBDL/33

 

7. Bukan Sekadar Lafaz - https://tintaglobal.onpay.my/order/form/BSL/33

 

8. Cintaku Seluas Samudera Biru - https://tintaglobal.onpay.my/order/form/CSSB/33

 

9. Zulaikha - https://tintaglobal.onpay.my/order/form/Zulaikha/33

 

10. Maya - https://tintaglobal.onpay.my/order/form/MAYA/33

 

11. Sweetnya Dia - https://tintaglobal.onpay.my/order/form/SD/33

 

12. Adanya Dhia - https://tintaglobal.onpay.my/order/form/AD/33

 

13. Calon Isteri Buat Suami - https://tintaglobal.onpay.my/order/form/CIBS/33

 

14. Misi Lockdown Hati Dia (Novel) - https://tintaglobal.onpay.my/order/form/BMLHD/33

 

15. Stay In My Heart - https://tintaglobal.onpay.my/order/form/SIMH/33

 

16. Samudera Indah Nian - https://tintaglobal.onpay.my/order/form/SIN/33

 

17. Misi Lockdown Hati Dia - https://tintaglobal.onpay.my/order/form/MLHD/33

 

18. Assalamualaikum Duhai Habib - https://tintaglobal.onpay.my/order/form/ADH/33



Tuesday, June 23, 2020

Do You Love Me, Captain? : Sophilea

😍
Novelis Sophilea
dah bagi teaser dan boleh dah kalau nak dapatkan naskah DYLM,C?..baca sampai titik terakhir dan klik je tajuk 'Do You Love Me, Captain? untuk preorder ni..cepat..penulis kata dah tinggal 300 je ..


Darish angguk. Sebaik sahaja Idlan menghilang, telefon bimbit di atas meja di ambil. Aplikasi whatsap di buka. Memandang nama Daneena Durra. Masih kosong tiada satu perkataan pun di skrin.
‘Selamat pagi?
Assalamualaikum?
Awak dah bangun?
Awak buat apa hari ini?
Awak dah kemas rumah?
Aduh apa perkataan atau ayat untuk dia mulakan bicara dengan Daneena.
Telefon bimbit di ketuk di kepala.
Beep
Bunyi pesanan masuk.
skrin yang kosong tadi sudah terisi.
Selamat pagi Tuan Darish. Saya nak minta izin ikut Husna ke bandar.
Darish tersenyum sendiri.
Selamat pagi Daneena. Pergilah ikut Husna. Beli apa yang patut. Gunakan duit yang saya bagi tu. Hati-hati.
Bibirnya masih tersenyum sendiri.
Terima kasih Tuan.
Sama-sama.
Sebaik sahaja telefon bimbit kembali di simpan di poket seluar, bibirnya measih mengukir senyuman. Bagai ada semangat yang baru di tiupkan ke dalam tubuh nya saat ini.
Husna bawa Daneena ke Aman Central. Membeli beberapa pasang baju dan sedikit keperluan asas.
Kemudian ke pekan Rabu yang menjadi tempat penduduk tempatan membeli pelbagai barangan.
“Kak Daneena makan emping?”
Daneena pandang bungkusan yang berisi sesuatu berwarna hijau di dalam nya di tangan Husna.
“Apa ni Husna?”
Soal Daneena.
“Ni Namanya Emping beras. Makan dengan kelapa parut letak garam sikit letak gula. Sedap tau.”
Nampak macam menarik.
“Macam sedap je. Akak nak cuba.”
Husna beli dua peket emping beras. Kemudian berjalan dari satu gerai ke satu gerai. Macam-macam ada di jual di sini. Pakaian makanan kraftangan penduduk tempatan.
“Akak tunggu kejap ya. Husna nak pi ataih sat. nak beli barang mak pesan.”
Daneena angguk.
Daneena ke kedai menjual kain pasang. Cantik-cantik. Tiba-tiba dia teringat kain-kain pasang yang cantik bergantungan di sebuah kedai jauh dari sini. Selalu dia habiskan masa membelek kain-kain pasang tersebut. Rindu…
Daneena berjalan sepasang kain pasang berwarna biru lembut. Elok tergantung di hadapan kedai. Di rasa teksturnya dengan jari. Lembut. Kemudian di letakkan ke atas lengan nya. Padan dengan kulit nya. Harga nya agak mahal.
“Cik nak ke?” Tuan Kedai datang mendekati. Cepat-cepat Daneena alihkan jemari nya dari kain tersebut. Dia tersenyum.
“Cantik.”
Ujar Daneena
“Ini satin sutera. Kalau cik tengok dan rasa licin dia kat depan. Bahagian belakang agak crepe. Cantik kalau buat baju kurung.”
Daneena tersenyum.
“Tak pelah saya tengok-tengok dulu.”
“Cik tengok -tengok lah ya. Kalau nak beli nanti panggil je saya kat dalam.
Daneena angguk. Matanya masih melekat pada sati sutera berwarna biru ini.
“Cantik warna nya biru macam awan. Macam laut.”
Daneena terkejut.
Darish muncul tiba-tiba di sebelah nya. Berkaca mata hitam. Dengan flying suit nya. Darish buatkan mata-mata gadis
Darish pandang Daneena yang sedikit kaku.
“Terkejut saya kat sini?”
“Tu..Tuan Darish macamana ada kat sini ?”
“Tu…”
Darish arahkan jari telunjuk nya pada dua lagi sahabat nya yang sedang enak menjamu selera di gerai berdekatan.
“…Saya dari Jitra. Dari kolej tentera udara kat sana. Ada mengajar sikit-sikit. Balik kawan-kawan saya teringin nak makan laksa kedah. So, kat sini lah saya bawa. Tak sangka nak jumpa Daneena kat sini pula.”
“Maaf Tuan saya ikut Husna.”
“Kenapa nak minta maaf saya yang bagi izin Daneena keluar kan.”
Daneena angguk. Serba salah bertemu Darish di sini.
Darish ukirkan senyuman. Daneena kelu untuk bersuara.
“Em…jom makan.”
“Tak apa Tuan segan saya. saya tunggu Husna dia ke atas beli barang.”
“Ehem…” Darish berdehem. Mencari idea untuk terus berbual. Sempat dia bagi isyarat mata pada Husna yang memandang dari tingkat atas.
‘Jangan turun lagi.’
“Tuan terus balik kem ke?” Soal Daneena.
“Ya ingat nak balik rumah tapi datang dengan kenderaan rasmi. Singgah sini nak isi perut kejap. Daneena? Lepas ini terus balik?”
Daneena angguk.
“Em..yelah…kalau cuti nanti saya balik sana.”
Amboi Darish macam nak balik rumah isteri pula ya .
“Rumah tu rumah Tuan bila-bila Tuan nak balik pun boleh je. Saya ini je yang menumpang. InsyaAllah sampai masa nanti saya akan pergi.”
Ada nada tidak enak dalam hati Darish bila Daneena cakap begini,
“Tapi bukan sekarang kan? Awak janji bila awak nak pergi awak akan bagitahu saya.”
Daneena berhenti melangkah. Dia tersenyum.
“Saya tak akan pergi senyap-senayp macam pencuri. Saya akan bagitahu Tuan.”
Seorang lelaki memakai sut biru muda TUDM muncul.
“Tuan..kita nak gerak dah.”
Darish lepaskan keluhan berat. Kaca mata nya di buka.
“Okey sekejap lagi saya menyusul.”
Dua sahabat Darish angkat tangan. Darish balas. Kemudian matanya beralih pada Daneena Durra.
“Saya pergi dulu. Awak jaga diri. Apa-apa bagitahu Husna. Jangan lupa mesej saya.”
Berat sungguh dia nak melangkah.
Daneena angguk.
“Hati-hati Tuan. Selamat bertugas.”
“Esok pagi saya ada flight. Doa kan saya.”
Entah kenapa dia sendiri tidak tahu kenapa itu yang terbit dari bibir nya. Suara hati? Kenapa dia minta doa Daneena untuk dia. Daneena bukan siapa-siapa.
“Saya sentiasa berdoa untuk Tuan. Orang yang selamatkan saya dan berikan saya perlindungan.”
“Hai abang Rish. Bila sampai?”
Buat-buat terkejut ya Husna sedangkan bukan main dia berpakat dengan Darish dalam whatsap tadi. Siap bagitahu dia orang berdua ada kat mana.
“Baru je. Singgah sekejap kawan abang Rish nak makan laksa kedah. Husna tu lepas ini terus balik jangan nak merayap nanti bising mak.”
Husna ketawa kecil.
“Baik Tuan!” Sengaja dia berikan tabik hormat.
Darish dan Daneena sama-sama ketawa. Tanpa sedar mata kedua nya saling mengerling. Tiba-tiba muncul perasaan yang sukar di teka menyinggah di hati.




Saturday, June 20, 2020

E-Book buat peminat novelis Sophilea

Sekarang adalah zaman teknologi. Semuanya di hujung jari. Dengan hanya satu klik kita sudah boleh mendapat bahan bacaan yang kita hendak. Kita boleh membaca dimana-mana sahaja tidak terhad dalam satu-satu tempat.

Sophilea, salah seorang penulis novel yang turut mengikuti perkembangan teknologi terkini. Selain menjual novel-novelnya dalam betuk cetakan, beliau juga turut menjual novel-novelnya secara dalam talian atau lebih dikenali sebagai e-book untuk peminatnya. Antara novel terhangat beliau, ialah Bukan Sekadar Lafaz. Sebuah kisah benar yang tular di sosial media (facebook) sekitar tahun 2017. Kini kisah itu kembali menjadi sebutan. Bagi peminat novel yang ingin mendapatkan e-book Bukan Sekadar Lafaz atau novel-novel beliau yang lain, boleh klik pautan di bawah untuk membuat pembelian.


#1 - E-Book Bukan Sekadar Lafaz 


#3 - E-Book Zulaikha 

#4 - E-Book Maya 


Sunday, May 31, 2020

Kompilasi Segalanya Cinta



E-book

Tajuk : Kompilasi Segalanya Cinta

Penulis : Ashany, Diya Nordin, MsTeja

Penerbit : Scrible Media

****

Ada je novel atau buku yang aku baca tapi tak buat ‘review’. Lama tak buat ‘review’ jadi macam ‘stuck’, tak tahu nak mula macam mana. Macam dah tumpul ‘skill’ nak buat ‘review’ tapi cuba jugalah.

****

TAHNIAH buat ketiga-tiga penulis; Ashany, Diya Nordin & MsTeja untuk Kompilasi Segalanya Cinta. (Maaf, kerana aku tak pasti pernah ke aku baca hasil penulisan Ashany & Ms Teja sebelum-sebelum ni)

****

3 cerita bersatu dalam Segalanya Cinta. Setiap penulis melakar kisah yang berbeza namun masih dalam tema yang sama iaitu tentang cinta dan kasih sayang.Tema cinta dan kasih sayang yang dimasukkan dalam ketiga-tiga cerita ini bukan hanya tentang percintaan dua insan semata-mata tetapi juga kasih sayang dalam sebuah keluarga diselitkan sekali.

Ayat-ayat yang digarap sangat santai dan mudah difahami jalan ceritanya. Sesuai untuk pembacaan santai, tak perlu nak terlalu berfikir namun konflik tetap ada untuk menarik pembaca meneruskan pembacaan sehingga ke ayat terakhir, bab akhir.

Ketiga-tiga penulis bijak mewujudkan plot yang meruntun jiwa, macam-macam rasa ada. Sesak jiwa juga dibuatnya. Manakan tidak, sedang kita tersenyum sebab rasa manisnya, tiba-tiba ada pulak drama airmata (sesungguhnya aku tak menjangkakan ada ‘part’ air mata dalam kompilasi ni. Aku memang terlebih emosi semasa membaca My Only Princess (Diya Nordin) dan Daun Semanggi Berhelai Empat (MsTeja), mungkin kerana aku pernah melalui beberapa situasi dalam dua kisah itu.)

Tapi apa kisahnya? Nak tahu kisahnya, sila baca sendiri dan sesungguhnya memang berbaloi untuk membaca naskah ini. Percayalah…

Moga kita lebih menghargai dan mensyukuri. Jadi, untuk mengetahui apa kisah Maryam Arysa, Medina Humayra dan Batrisya, bolehlah dapatkan e-book Kompilasi Segalanya Cinta.

****

Moral of the story:

i. Setiap apa yang berlaku, Allah swt dah tulis untuk kita. Moga kita redha dan lebih menghargai segalanya, bukannya mempertikai atau terlalu menyesali atas apa yang terjadi.

ii. Hargai dan syukuri apa yang kita ada sementara kita masih ada masa untuk menghargai dan mensyukuri.

iii. Apa saja tentang hati, sebaiknya luahkan saja supaya tak rugi apa-apa. Supaya kita tak terbeban dengan apa yang terpendam tu bertahun lamanya.

****

#JR_review

Wednesday, October 31, 2018

sahabat sehingga syurga



petikan majalah Solusi edisi 118 : 
Sahabat sehingga Syurga

..sahabat itu ubat..
teori tentang persahabatan; buffer effect of social support. individu yang mempunyai sokongan sosial yang mapan, biasanya mampu berhadapan dengan tekanan hidup dengan lebih baik. sahabat itu ibarat dos penenang kala hati gundah menghadap resah. persahabatan sejati ia anugerah terindah. 

..sahabat sejati..
adanya disenangi, tiadanya dirindui.

..sahabat itu nikmat..
"perumpamaan sebuah persahabatan dan ukhwah kerana Allah swt adalah seperti tangan dan mata. jika mata mengalirkan tangisnya, tangan akan segera menyapu lelehan air mata. begitulah tatkala tangan itu pula yang terluka, maka mata akan menangis kerana kesakitannya" (Ibn Taymiyyah).

"hendaklah kamu sentiasa berhubungan dan menyambung persahabatan sesama kamu. sesungguhnya sahabat sejati ibarat cahaya yang menerangi yang kadangkala tidak disedari kecuali setelah dirimu telah tenggelam dalam kegelapan duniawi" (Imam Hasan al-Basri).

seorang sahabat karib itu ada keistimewaan dan kelebihan tersendiri. banyak perkara yang kadangkala tidak mampu kita luahkan hatta kepada pasangan hidup sekalipun tetapi kita mampu dan senang menyatakannya kepada seorang sahabat.

..hadiah paling manis dalam persahabatan ialah doa.

membaca dan menulis dengan jiwa

apa yang aku tulis adalah tentang apa yang aku rasa ketika membaca sesebuah bahan bacaan..mungkin kita ada rasa yang sama tapi mungkin juga rasa kita berbeza...aku membaca dengan jiwa, juga menulis dengan jiwa...