Tuesday, June 23, 2020

Do You Love Me, Captain? : Sophilea

😍
Novelis Sophilea
dah bagi teaser dan boleh dah kalau nak dapatkan naskah DYLM,C?..baca sampai titik terakhir dan klik je tajuk 'Do You Love Me, Captain? untuk preorder ni..cepat..penulis kata dah tinggal 300 je ..


Darish angguk. Sebaik sahaja Idlan menghilang, telefon bimbit di atas meja di ambil. Aplikasi whatsap di buka. Memandang nama Daneena Durra. Masih kosong tiada satu perkataan pun di skrin.
‘Selamat pagi?
Assalamualaikum?
Awak dah bangun?
Awak buat apa hari ini?
Awak dah kemas rumah?
Aduh apa perkataan atau ayat untuk dia mulakan bicara dengan Daneena.
Telefon bimbit di ketuk di kepala.
Beep
Bunyi pesanan masuk.
skrin yang kosong tadi sudah terisi.
Selamat pagi Tuan Darish. Saya nak minta izin ikut Husna ke bandar.
Darish tersenyum sendiri.
Selamat pagi Daneena. Pergilah ikut Husna. Beli apa yang patut. Gunakan duit yang saya bagi tu. Hati-hati.
Bibirnya masih tersenyum sendiri.
Terima kasih Tuan.
Sama-sama.
Sebaik sahaja telefon bimbit kembali di simpan di poket seluar, bibirnya measih mengukir senyuman. Bagai ada semangat yang baru di tiupkan ke dalam tubuh nya saat ini.
Husna bawa Daneena ke Aman Central. Membeli beberapa pasang baju dan sedikit keperluan asas.
Kemudian ke pekan Rabu yang menjadi tempat penduduk tempatan membeli pelbagai barangan.
“Kak Daneena makan emping?”
Daneena pandang bungkusan yang berisi sesuatu berwarna hijau di dalam nya di tangan Husna.
“Apa ni Husna?”
Soal Daneena.
“Ni Namanya Emping beras. Makan dengan kelapa parut letak garam sikit letak gula. Sedap tau.”
Nampak macam menarik.
“Macam sedap je. Akak nak cuba.”
Husna beli dua peket emping beras. Kemudian berjalan dari satu gerai ke satu gerai. Macam-macam ada di jual di sini. Pakaian makanan kraftangan penduduk tempatan.
“Akak tunggu kejap ya. Husna nak pi ataih sat. nak beli barang mak pesan.”
Daneena angguk.
Daneena ke kedai menjual kain pasang. Cantik-cantik. Tiba-tiba dia teringat kain-kain pasang yang cantik bergantungan di sebuah kedai jauh dari sini. Selalu dia habiskan masa membelek kain-kain pasang tersebut. Rindu…
Daneena berjalan sepasang kain pasang berwarna biru lembut. Elok tergantung di hadapan kedai. Di rasa teksturnya dengan jari. Lembut. Kemudian di letakkan ke atas lengan nya. Padan dengan kulit nya. Harga nya agak mahal.
“Cik nak ke?” Tuan Kedai datang mendekati. Cepat-cepat Daneena alihkan jemari nya dari kain tersebut. Dia tersenyum.
“Cantik.”
Ujar Daneena
“Ini satin sutera. Kalau cik tengok dan rasa licin dia kat depan. Bahagian belakang agak crepe. Cantik kalau buat baju kurung.”
Daneena tersenyum.
“Tak pelah saya tengok-tengok dulu.”
“Cik tengok -tengok lah ya. Kalau nak beli nanti panggil je saya kat dalam.
Daneena angguk. Matanya masih melekat pada sati sutera berwarna biru ini.
“Cantik warna nya biru macam awan. Macam laut.”
Daneena terkejut.
Darish muncul tiba-tiba di sebelah nya. Berkaca mata hitam. Dengan flying suit nya. Darish buatkan mata-mata gadis
Darish pandang Daneena yang sedikit kaku.
“Terkejut saya kat sini?”
“Tu..Tuan Darish macamana ada kat sini ?”
“Tu…”
Darish arahkan jari telunjuk nya pada dua lagi sahabat nya yang sedang enak menjamu selera di gerai berdekatan.
“…Saya dari Jitra. Dari kolej tentera udara kat sana. Ada mengajar sikit-sikit. Balik kawan-kawan saya teringin nak makan laksa kedah. So, kat sini lah saya bawa. Tak sangka nak jumpa Daneena kat sini pula.”
“Maaf Tuan saya ikut Husna.”
“Kenapa nak minta maaf saya yang bagi izin Daneena keluar kan.”
Daneena angguk. Serba salah bertemu Darish di sini.
Darish ukirkan senyuman. Daneena kelu untuk bersuara.
“Em…jom makan.”
“Tak apa Tuan segan saya. saya tunggu Husna dia ke atas beli barang.”
“Ehem…” Darish berdehem. Mencari idea untuk terus berbual. Sempat dia bagi isyarat mata pada Husna yang memandang dari tingkat atas.
‘Jangan turun lagi.’
“Tuan terus balik kem ke?” Soal Daneena.
“Ya ingat nak balik rumah tapi datang dengan kenderaan rasmi. Singgah sini nak isi perut kejap. Daneena? Lepas ini terus balik?”
Daneena angguk.
“Em..yelah…kalau cuti nanti saya balik sana.”
Amboi Darish macam nak balik rumah isteri pula ya .
“Rumah tu rumah Tuan bila-bila Tuan nak balik pun boleh je. Saya ini je yang menumpang. InsyaAllah sampai masa nanti saya akan pergi.”
Ada nada tidak enak dalam hati Darish bila Daneena cakap begini,
“Tapi bukan sekarang kan? Awak janji bila awak nak pergi awak akan bagitahu saya.”
Daneena berhenti melangkah. Dia tersenyum.
“Saya tak akan pergi senyap-senayp macam pencuri. Saya akan bagitahu Tuan.”
Seorang lelaki memakai sut biru muda TUDM muncul.
“Tuan..kita nak gerak dah.”
Darish lepaskan keluhan berat. Kaca mata nya di buka.
“Okey sekejap lagi saya menyusul.”
Dua sahabat Darish angkat tangan. Darish balas. Kemudian matanya beralih pada Daneena Durra.
“Saya pergi dulu. Awak jaga diri. Apa-apa bagitahu Husna. Jangan lupa mesej saya.”
Berat sungguh dia nak melangkah.
Daneena angguk.
“Hati-hati Tuan. Selamat bertugas.”
“Esok pagi saya ada flight. Doa kan saya.”
Entah kenapa dia sendiri tidak tahu kenapa itu yang terbit dari bibir nya. Suara hati? Kenapa dia minta doa Daneena untuk dia. Daneena bukan siapa-siapa.
“Saya sentiasa berdoa untuk Tuan. Orang yang selamatkan saya dan berikan saya perlindungan.”
“Hai abang Rish. Bila sampai?”
Buat-buat terkejut ya Husna sedangkan bukan main dia berpakat dengan Darish dalam whatsap tadi. Siap bagitahu dia orang berdua ada kat mana.
“Baru je. Singgah sekejap kawan abang Rish nak makan laksa kedah. Husna tu lepas ini terus balik jangan nak merayap nanti bising mak.”
Husna ketawa kecil.
“Baik Tuan!” Sengaja dia berikan tabik hormat.
Darish dan Daneena sama-sama ketawa. Tanpa sedar mata kedua nya saling mengerling. Tiba-tiba muncul perasaan yang sukar di teka menyinggah di hati.




1 comment:

  1. Hye assalamualaikum,boleh sya tnya novel nie bila diterbitkan??tenkiu..

    ReplyDelete